Reflections
Minggu 1, 2, 3, 4, 5
Pada minggu pertama, kedua, ketiga dan keempat saya masih belum mendaftar kursus ini. Tetapi proforma yang disediakan dapat membantu kami membuat persediaan sebelum pembelajaran bermula.
Pada minggu ke-5, kami sekelas mempelajari tentang prinsip CASPER bagi Model Pembinaan Bahan Multimedia. Pensyarah kursus ini berjaya membimbing saya untuk memahami kursus ini lebih daripada jangkaan. Hal ini kerana, saya tidak mengjangkakan prinsip CASPER akan dijadikan sebagai isi kursus ini. Saya diberitahu untuk memlukan website ini dan memberikan refleksi untuk setiap minggu-minggu pengajian. Jadi saya mulakan refleksi saya dengan minggu ini sebelum meneruskan dengan minggu berikutnya setiap sesi pembelajaran.
Itu sahaja refleksi saya pada minggu-minggu tersebut. Sekian, terima kasih.
Minggu 6
Pada minggu ke – 6 pembelajaran, saya diberikan tugasan untuk membuat kajian literatur tentang masalah, halangan, penyelesaian dan lain-lain isu berkaitan Pengintegrasian Nilai dalam Penggunaan Teknologi untuk Pendidikan serta dalam Aplikasi 4IR. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana satu kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar. Kami dikehendaki mempersembahkan hasil kajian kami dalam bentuk persembahan Power Point yang menarik. Dengan penghasilan Power PointDengan tugasan yang diberikan, kami berpeluang untuk mempraktikkan Prinsip CASPER yang telah diajar pada minggu ke-5 untuk kami menghasilkan persembahan Power Point yang menarik.
Akhir sekali, saya tidak dapat akses nota kuliah yang telah diberikan di ukmfolio. Jadi ia menjadi satu kesukaran untuk saya menyelesaikan tugasan. Untuk saya melengkapkan tugasan itu, saya terpaksa mencari informasi yang diperlukan sendiri di internet.
Minggu 7
Pada minggu 7, pembelajaran kami adalah tentang langkah untuk melaksanakan penyelidikan/mini kajian.
Untuk tugasan berkumpulan yang diberikan pada minggu ke-6, saya telah mencari beberapa maklumat yang diminta di internet. Dalam proses menyiapkan tugasan, saya membuat sedikit carian informasi terkini di internet.
Minggu 8
Pada minggu kelapan saya ditendang dari kumpulan saya. Terdapat sedikit isu salah faham saya dengan ahli kumpulan semasa menyiapkan tugasan. Jadi saya rasa markah tugasan kumpulan saya tidak akan saya perolehi. Saya tahu minggu ini adalah minggu membetulkan slide presentation kumpulan. Jadi saya tidak membuat apa-apa aktiviti selain mendalami dan menambah pengetahuan saya sendiri mengenai 4IR untuk manfaat saya sendiri.
Minggu 9
Pada minggu 9, saya mula mempelajari tentang isu penggunaan komputer dalam pendidikan – Reka Bentuk dan Pembangunan Tangkas Media Pendidikan. Bab ini menerangkan intipati dan kompenan yang terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan media yang mengintegrasikannilai dalam pembangunan media pendidkan. Ia berkaitan model yang dinamakan Model Reka Bentuk Universal dan Pembangunan Tangkas (Rengkas).
Melalui bab ini, dapat disimpulkan bahawa penghasilan media terkini yang menggunakan transformasi lengkap model Rengkas menunjukkan integrasi nilai dan etika ke dalam penghasilan media melalui pelaksanaan inovatif dan kreatif adalah yang paling sukar untuk dibuktikan dan dilaksanakan. Oleh itu kita tidak hanya akan maju dengan teknologi dalam pendidikan tetapi juga menanamkan nilai-nilai yang baik ke dalam budaya kita ke arah masa depan yang lebih baik.
Minggu 10
Pada minggu ini saya hanya melihat kesemua pendapat rakan sekelas mengenai presentation yang mereka telah lakukan. Laptop saya rosak, telefon saya tidak mempunyai akses internet kerana wi-fi UKM sendiri bermasalah. Jadi saya terlepas kesemua aktiviti tersebut. Saya kecewa kerana harapan untuk saya bergantung pada sambungan internet di UKM hanyalah sia-sia kerana saya tidak dibenarkan keluar daripada kampus untuk membeli tambah nilai internet. Jadi saya hanyalah mengulangkaji pelajaran sahaja minggu ini.
Minggu 11, 12, 13, 14.
Setelah seminggu saya mempunyai masalah gangguan internet, saya kembali menyertai kelas seperti biasa. Saya telah mempelajari bab Konsep Pendidikan Abad Ke-21, Isu dan Cabaran dalam Revolusi Industri Ke-4 (4IR) dan Etika dan Perundangan dalam Aplikasi Internet. Saya masih sukar untuk memahami topik-topik ini tetapi saya giat melakukan pencarian di internet untuk memantapkan pengetahuan sebelum saya mengakses fail nota di UKMfolio yang mula diberikan akses pada minggu 14. Walaupun saya sudah mula sibuk dengan tugasan saya minggu ke 14 ini saya masih tidak melepaskan peluang memperbaharui isi kandungan blog saya. Sekian terima kasih.